Welcome to Muslimcation Travel & Tours

Welcome to Muslimcation Travel & Tours

Kembara Halal Muslim ke Luar Negara

Kami sangat gembira dapat membantu anda merancang pengembaraan yang penuh dengan pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan.

LIHAT PAKEJ TRAVELDAFTAR SEKARANG

MUSLIMCATION TRAVEL & TOURS SDN BHD. No lesen KPK/LPN : 8970

NORTH XINJIANG NATURE TOUR 2026

MUSLIMCATION TRAVEL & TOURS SDN BHD. No lesen KPK/LPN : 8970

TARIKH PERLEPASAN 2026
TARIKH
MUSIM
SAIZ
HARGA
KEKOSONGAN
10-20 APRIL
BUNGA
18 PAX
RM9,599
FULL
14-24 APRIL
BUNGA
18 PAX
RM9,599
FULL
18-28 APRIL
BUNGA
18 PAX
RM9,599
FULL
6-16 MAY
BUNGA
18 PAX
RM9,599
7
10-20 MAY
BUNGA
18 PAX
RM9,599
FULL
15-25 MAY
BUNGA
18 PAX
RM9,599
4
20-31 MAY
BUNGA
18 PAX
RM9,599
FULL
8-19 SEPT
LURUH
18 PAX
RM9,599
FULL
12-22 SEPT
LURUH
18 PAX
RM9,599
18
16-26 SEPT
LURUH
18 PAX
RM9,599
18
19-29 SEPT
LURUH
18 PAX
RM9,599
18

* DISKAUN KANAK-KANAK (TANPA KATIL) 5-11 TAHUN: RM100 DARI HARGA DEWASA.
* HARGA BAYI 1-23 BULAN: RM1500
* CAJ TAMBAHAN BILIK SINGLE: RM1,800 DARI HARGA PAKEJ

BEKAS PESERTA : RM8,599

15 TERAWAL : RM8,599

TIKET PENERBANGAN PERGI BALIK

ELAUN BAGASI 20KG

KENDERAAN KHAS SEPANJANG TRIP

HOTEL 4 STAR

TOUR LEADER & LOCAL GUIDE

MAKANAN HALAL MENGIKUT ITINERARI

TIKET KERETAPI LAJU

TAKAFUL TRAVEL

Muslimcation Travel & Tours

JADUAL PERJALANAN (HIGHLIGHT)

KUALA LUMPUR - ÜRÜMQI

Berkumpul di KLIA dan berlepas ke Urumqi, Xinjiang, China. Setelah tiba peserta akan terus dibawa daftar masuk Hotel.

ÜRÜMQI - FIVE COLOURED BEACH - DAERAH BURQIN

Peserta akan dibawa merentasi pemandangan padang pasir Gobi yang luas di Xinjiang. Berhenti seketika di Tasik Ulungur sebelum tiba di Five-Coloured Beach, kawasan semula jadi yang menarik dengan batu-batu berwarna merah, kuning dan hijau yang terbentuk oleh tiupan angin.

BURQIN - HEMU VILLAGE - JIANGDENGYU

Bertolak ke Hemu Village (sebuah kampung yang indah yang dikelilingi pokok birch, gunung bersalji dan Sungai Hemu). Kampung Hemu dikelilingi kehijauan dan rumah kayu tradisional. Peserta dibawa menaiki bas ke Hemu Village Observation Deck. Kawasan ini dihiasi padang rumput dipenuhi bunga liar berwarna ungu dan kuning keemasan.

JIADENGYU - KANAS - BURQIN

Bertolak ke Kanas Nature Reserve yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Melalui hutan birch perak, Wolong Bay dan Moon Bay yang berbentuk bulan sabit. Menaiki bas dalam taman untuk menikmati pemandangan gunung tinggi, tasik kehijauan dan lembah ais purba. Melawat perkampungan masyarakat Tuvan, salah satu etnik terkecil di China, dan kenali budaya mereka termasuk nyanyian tradisional dan hasil kraftangan.

BURQIN - URHO GHOST CITY - KUYTUN

Bertolak ke Urho Ghost City, kawasan batu pasir yang terbentuk oleh tiupan angin selama ribuan tahun dengan menaiki kereta api pelancongan untuk meneroka kawasan unik ini yang dipenuhi tiang dan batu besar dengan pelbagai bentuk. Selepas makan tengah hari, teruskan perjalanan ke Kuytun. Berhenti sebentar di Ladang Minyak Bai-li, tempat yang menunjukkan gabungan menarik antara kawasan industri dan padang pasir.

KUYTUN - TASIK SAYRAM - JAMBATAN GUOZIGOU - YINING- LIUXING STREET

Melawat Tasik Sayram, tasik air gunung tertinggi di China yang digelar “Mutiara Tianshan” . Menyusuri tasik biru kehijauan dan melintasi Jambatan Guozigou, keajaiban kejuruteraan yang merentasi lembah hijau. Singgah di Muzium Lavender untuk melihat tanaman lavender yang terkenal di Yili dan menikmati aromanya (musim Jun–Julai). Menjelang malam, tiba di Yining dan bersiar di Jalan Liuxing, pusat budaya Uyghur yang meriah dengan hiasan pintu biru, teh samovar dan muzik tradisional.

YINING - NALATI

Bertolak ke Dataran Tinggi Nalati, yang digelar “Syurga Padang Rumput . ” Nikmati keindahan padang hijau luas di bawah puncak gunung bersalji, sambil menghirup udara segar dan melihat helang berlegar di langit. Nikmati teh petang — teh susu traditional Kazakh bersama manisan tempatan sambil menikmati pemandangan indah Tianshan. Ketika matahari terbenam, padang rumput bertukar keemasan serta memukau.

NALATI - PERKAMPUNGAN KAZANQI -YINING

Melawat Kampung Kazanqi, kampung warisan Uyghur yang terkenal dengan rumah berwarna biru dan jalan berbatu kecil. Menaiki kereta keldai tradisional “Six-Stick Carriage” menyusuri lorong yang dihiasi pintu turquoise dan ukiran buah delima. Menyaksikan persembahan muzik dan tarian tradisional Uyghur di halaman warisan. lawatan diakhiri dengan mencuba ais krim Kazanqi yang dibuat dalam periuk tembaga bersama madu lavender liar.

YINING - GRAND BAZAAR - ÜRÜMQI

Menaiki kereta api ke Ürümqi sambil menikmati pemandangan gurun dan gunung. Setelah tiba, makan tengah hari dan terus ke Grand Bazaar, pasar Islam terbesar di Asia. Terokai kedai rempah, permaidani tenunan tangan dan ukiran jed. Peserta berpeluang mencuba makanan tempatan seperti samosa berinti kambing panas & menggayakan kostum tradisional Uyghur seperti jubah sutera Atlas dan perhiasan perak untuk sesi bergambar profesional di bazar bersejarah ini.

URÜMQI - TASIK TIANSHAN TIANCHI - TAMAN EKOLOGI KUDA LIAR XINJIANG

Peserta berpeluang menaiki shuttle, kereta buggy dan kapal persiaran di Tasik Tianshan Tianchi untuk menikmati pemandangan tasik jernih dikelilingi gunung bersalji. Lawatan ke Taman Ekologi Kuda Liar Xinjiang, rumah kepada lebih 400 ekor kuda Ferghana (kuda peluh darah). Melihat pelbagai baka kuda dari seluruh dunia serta persembahan dan latihan menunggang kuda.

ÜRÜMQI - KUALA LUMPUR

Selepas sarapan, peserta akan bertolak ke lapangan terbang Urumqi. Berlepas ke Kuala Lumpur dan tiba di KLIA dengan 1001 kenangan manis.

Muslimcation Travel & Tours

Muslimcation Travel & Tours

Trip ini sesuai untuk warga emas dan orang dewasa yang sihat tubuh badan & tak mempunyai masalah kesihatan kronik, kerana sesetengah fasiliti serta kemudahan masih membangun & belum sesuai untuk semua golongan.

Peserta akan menginap di bilik hotel yang dilengkapi dengan tandas dan bilik air. Jadi privasi peserta adalah sangat terjaga.

Kembara ini adalah "Muslim friendly", makanan halal dan solat sewaktu kembara akan dijaga rapi.

Trip akan dibimbing oleh tour leader Melayu Muslim beriman dan local tour guide yang berpengalaman di Xinjiang.

Trip ini lebih fokus kepada Nature dan berpeluang untuk Shopping.

Itinerary yang disediakan adalah rujukan asas sahaja. Jika cuaca atau keadaan tidak mengizinkan, tour leader akan mengambil inisiatif yang terbaik.

Muslimcation Travel & Tours

Maximum peserta untuk setiap Group kecil 18 orang.

Kami menggunakan Kenderaan mini bus seater untuk private transport & speed train untuk perjalanan dari Kunming ke Dali.

Penerbangan yang digunakan adalah Batik Air, Air Asia atau setaraf.

Elaun Luggage adalah sebanyak 20 kg per person.

Muslimcation Travel & Tours

Kembara Halal Muslim Switzerland yang Berpengalaman

Latar Belakang Muslimcation Travel & Tours Sdn Bhd

Muslimcation Travel & Tours Sdn Bhd diasaskan oleh Encik Mohammad bermula pada tahun 2017. Muslimcation menawarkan perkhidmatan Umrah, Muslim Tours, tempahan tiket penerbangan dan juga hotel.

Muslimcation Travel & Tours